Thursday, November 8, 2012

BERPONDOK DI DERANG

Assalamualaikum. Post kali ni ana nak kongsikan tentang pengalaman ana selama 3 hari 2 malam di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah pada 3-5 November 2012 yang lepas. Seronok jugak la p sana. makan dalam dulang, tidur atas tilam ja, mandi air kolah, duduk kat kampung.

1st impression ana masa sampai kat maahd tu ialah terpegun. ana terpegun dengan pelajar2 maahad muslimah yang memakai purdah. sungguh tertarik hati ana tengok fasi2 muslimah yang berpurdah. kakak2 fasi spoting2, baik ja dengan kami semua yang tak berapa nak alim neh haha. terima je la, kami ni masih banyak yang kena belajar untuk jadi muslimah sejati hehe.

kat sana ana dan kawan2 belajar tentang adab2 dalam Islam. macam2 adab2 yang diterangkan kepada kami, antaranya ialah adab ketuk pintu, adab bercakap dan adab2 lain. selain itu kami juga didedahkan dengan masalah2 dalam kalangan remaja, cara2 nak mengelak dan menyelesaikan masalah2 tersebut. pada salah satu slot yang terdapat semasa program kat maahad tersebut kami didedahkan tentang fahaman syiah yang semakin ramai pengikutnya sekarang ni. fahaman ni mamapu mengelirukan kita dan buat kita terpesong jauh dari agama Islam kerana mereka tidak menerima mazhab2 lain yang kita gunakan didunia ni. so kita kena berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman syiah ni.

hah! sepanjang berada kat maahad tu, terasa la macam diri ni dekat dengan Allah sebab ada amalan agama yang jarang ana dan kawan2 buat kat sekolah seperti amalan baca Al-Quran dan al-Mathurat. kat sana sebelum pukul 5 dah kena bangun, buat solat sunat, qiamullail, lepas solat subuh ada tadarus. lepas tu baru la p sarapan pagi dan mula kuliah. aktiviti2 ni hanyalah masa program sekolah ana buat la, ana tak tau la macam mana perkara harian sebenar pelajar maahad sebab masa program sekolah ana tu, pelajar2 maahad dah mula cuti sekolah. cuti depa xsama dengan sekolah biasa. sebab tu depa takdak masa ana p maahad tu.

pasal makan plak, 1st time ana makan dalam dulang. satu dulang tu kena kongsi 4 orang. walaupun berkongsi, tapi ana tetap kenyang, dapat la merasa berkongsi makanan dengan kawan2. ana dengar2 makanan yang kami makan tu semua ustaz2 kat maahad tu masak. sedap jugak la ustaz2 tu masak hehe. lauk yang dihidangkan kami hanya lauk daging atau ayam. tak tau la kenapa tak dak lauk ikan.

ok tu je la kot yang ana nak kongsi kali ni. daa.