Saturday, February 14, 2015

Radiografi? Ape tu?

Assalamualaikum... Dah berhabuk aku punya blog ni haha... Well, harini rasa terpanggil nak update this blog sebab budak2 lepasan SPM tengah sibuk nak isi UPU right? Heheh...

So, cheq tulis ni, kot2 la jadi macam cheq dulu, xtau nak apply course apa masa isi UPU tu. Search punya search, dok jumpa course yang x pernah dengaq langsung nih, sepanjang hidup hampa ni, ada dalam sistem UPU tuh.

Well, sekarang aku tengah study dalam program Diploma Radiografi, dekat sebuah universiti di negeri yang famous dengan penyu ,tapi setakat ni aku tak pernah jumpa lagi la. Huhu..


Hat ni ja penyu yang aku jumpa kt sini... hewhew 


Ok sudah2 bagi aku merapu. So siapa yang tertanya2 Radiografi tu course apa, mai cheq nak ceqhita sikit kat hampa.

Course ini tidaklah melibatkan radio atau dj atau wartawan atau yg seangkatan dengannya. Course ini melibatkan GAMBAR (tetapi bukan photography OK?). Gambaq apa weyh? Gambaq tulang hampa. Tulang? Yes tulang a.k.a bone.

Radiography also known as Medical Imaging. So disini saya ingin menegaskan bahawa radiografi adalah bidang yang akan menjadikan anda seorang fotografer tulang bukan fotografer yang ambik gambaq orang pose gitu gini deh, paham molek deh.


Gambaq macam ni la yang hampa kena tangkap nanti


So sesiapa yang rasa nak apply course ni, sangat2lah dialu2kan, sebab best course ni. Kat U yang aku belajar, setiap sem dia akan hantaq p praktikal dekat hospital. So dapatlah hampa merasa macam mana jadi radiographer a.k.a Juru x-ray.

Kelayakan nak masuk course ni, semak balik deh kat UPU hihi, cheq xingat pulak. Tapi sapa yang nak masuk course ni, kena bagus dalam sains la, xsemestinya bijok sains, yang penting otak mu mestilah dapat adapt dengan istilah2 sains ni. I'm not saying that only people who took pure science can apply for this course, yang tak ambil pure science masa SPM pun boleh apply, tapi hampa kena ada subjek fizik la, sebab masuk course ni pun nanti akan ada fizik.

Kalau tak belajaq biology masa SPM, jangan risau kalau nak apply course ni, anda boleh melakukannya sekiranya anda mahu. Macam saya. Haha. Aku dulu pun xbelajaq bio, tapi bila masuk course ni, kena belajaq tulang2 segala cell2 dan physiology dalam badan kita ni, tak mudah, tak juga susah. Alhamdulillah, lulus ja untuk subjek Anatomy. So kalau aku boleh, pasaipa plak hampa xboleh kan? Semua atas kemahuan anda.

So tu serba sikit pasai RADIOGRAFI @ MEDICAL IMAGING @ PENGIMEJAN PERUBATAN.

Lambang rasmi bidang ni... RADIOACTIVE


Nak tahu lebih lanjut, boleh la bertanya.
Setakat ni tak dak lagi orang mati sebab jadi juru x-ray. Jangan risau. Haha

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.